Pogba, De Gea mahu angkat kaki dari Old Trafford

Pogba dan De Gea dikaitkan bakal berhijrah ke Real Madrid.

DUA bintang sensasi Manchester United, Paul Pogba dan David De Gea dilaporkan bakal meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini jika pasukan itu gagal melayakkan diri ke pentas Liga Juara-Juara musim depan.

Baru-baru ini kedua-duanya dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

Laporan The Times mendakwa Pogba dan De Gea antara tujuh pemain yang akan angkat kaki dari kelab itu.

Lima yang lain adalah Juan Mata, Ander Herrera, Romelu Lukaku, Eric Bailly dan Alexis Sanchez.

Sanchez antara pemain yang turut akan dilepaskan pada musim panas ini.

Bagaimanapun sumber dalaman United mendedahkan kelab itu tidak akan melepaskan Pogba dan Dea Gea yang dianggap sebagai tonggak penting pasukan tersebut.

Laporan dari Sepanyol mendakwa Real bersedia mengemukakan bidaan terhadap Pogba sebaik sahaja perpindahan Eden Hazard dari Chelsea berjaya disempurnakan.

Namun United perlu bertindak pantas memujuk De Gea untuk terus memperkuat pasukan itu kerana kontraknya akan berakhir pada 2020.

United menduduki tangga keenam dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas dua daripada tiga perlawanan terakhir mereka. – Metro.co.uk

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Mstar

Hantar Komen