Moreno tinggalkan Liverpool

LONDON: Alberto Moreno mengucapkan selamat tinggal kepada Liverpool selepas lima tahun bersama kelab itu.

Pemain pertahanan dari Sepanyol itu membuat 141 penampilan dan menjaringkan tiga gol sepanjang di Anfield dengan sebelum ini bersama Sevilla sehinggalah musim panas 2014.

“Hidup ini adalah satu kitaran dan kehidupan saya bersama Liverpool FC kesayangan saya ini sudah di penghujungnya,” katanya dalam akaun Twitter miliknya.

“Terima kasih menjadikan saya pemain bola sepak yang lebih baik dan yang utama sekali, menjadi seorang yang lebih bagus … Akhir sekali, terima kasih yang cukup istimewa buat peminat kelab ini yang mengagumkan, yang sering menyokong saya.”

Pemain berumur 26 tahun itu dilaporkan akan kembali ke Sepanyol untuk bersama Villareal musim depan.

 

Sumber: REUTERS via BH

Hantar Komen