Guardiola ‘sayangkan’ pemainnya

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan dia masih ‘sayangkan’ pemainnya walaupun tewas mengejut 3-2 kepada pendatang baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), Norwich 3-2 yang menyebabkan mereka ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Liverpool.

Guardiola berkata kekalahan perkara normal jika hendak dibandingkan dengan kejayaan mereka menjulang EPL dua tahun berturut-turut.

“Saya tahu pasukan kami bagaimana, apa yang kami lakukan, apa yang perlu kami lakukan semula dan saya sayangkan pemain saya. Satu penghormatan untuk bersama mereka.

“Ini adalah cabaran di peringkat tertinggi. Penyokong tidak boleh menjangkakan kemenangan sepanjang masa atau 100, 90 mata.

“Itu menunjukkan kesukaran yang perlu kami hadapi. Sekarang, kami perlu bangkit, pergi ke Eropah (Liga Juara-Juara) dan mencipta kemenangan,” kata Guardiola. – AFP

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UtusanOnline

Hantar Komen