Cuaca sejuk tak ‘bekukan’ semangat JDT

KUALA LUMPUR –  Beraksi di bawah cuaca sejuk mencecah 12 darjah Celsius sedikit pun tidak ‘membekukan’ semangat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk memburu kemenangan pertama apabila menentang kelab China, Shandong Luneng FC dalam saingan ketiga Liga Juara-Juara Asia (ACL). 

Pemain tengah Harimau Selatan, Nazmi Faiz Masor berkata, dia cukup teruja untuk membuktikan kemampuan mencabar gergasi Liga Super China itu dalam kejohanan kelab elit Asia yang akan berlangsung pada pukul 7.30 malam esok di Stadium Olimpik Jinan.

“Saya akan gunakan peluang ini untuk tunjukkan yang terbaik dan membantu pasukan mencatat kemenangan pertama dalam ACL.

“Biarpun cuaca sejuk tetapi keadaan di sini lebih baik berbanding di Jepun (ketika kalah tipis 1-2 kepada Kashima Antlers dalam aksi pembukaan, 5 Mac lalu). Jadi saya fikir tiada masalah tentang cuaca.

“Saya sudah melakukan persiapan terbaik secara mental dan fizikal. Bagi pemain, perkara yang penting adalah rehat, tidur, minum yang cukup dan mengambil makanan sihat,” katanya kepada Facebook JOHOR Southern Tigers.

Shandong yang diperkuatkan bekas bintang tengah Manchester United serta Belgium, Maroune Fellaini, selain pemain antarabangsa Itali, Graziano Pelle kini menghuni tangga kedua Kumpulan E dengan dua mata.

JDT yang kalah dan seri sekali berada di tangga tercorot.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :  UTUSAN ONLINE

Hantar Komen